Pernahkah anda terfikir, kenapa anda perlu belajar.Terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang , korbankan banyak wang, tenaga bah usia anda.Kemudian anda dijanjikan dengan ganjaran palsu, belajarlah sehingga ke hujung dunia , kononya pabila pelajaran tinggi , anda akan dapat gaji , bini , laki , sugar daddy ,dan jawatan yang tinggi.Adakah itu betul?Anda bersetuju?Agak melucukan, anda sendiri pun tidak tahu pun apa yang anda perlu anda pelajari, kenapa perlu mempelajarinya dan dimana harus mempratikkan ilmu yang anda pelajari baru sahaja anda perolehi itu.Sedari lah bahawa dunia yang kita huni dewasa ini memang kejam dan dan tid ak berperi kemanusiaan.
Lebih kejam anda dipaksa , diminta , dikerah untuk bertungkus lumus menghafal dan merenung setiap rumus, formula, rajah , langkah, jalan kerja dan sebagainya semata-mata untuk lulus dalam periksa.Inikah yang dinamakan belajar?Saya terfikir , dari satu segi ,manusia purba kala lebih praktikal dan betul sistem kehidupan mereka.Ini kerena mereka memfokus kepada ilmu menerus langsungkan kehidupan daripada rutin mencari dan terus mencari ilmu ,tetapi berakhir ilmu itu disimpan dibawah bantal sebagai kenangan manis ketika belajar .Itu sahaja.Saya tertanya apa rasionalnya....?Sebagai contoh dan perbandingan yang konkrit , subjek logarithma ( Matematik ) di sekolah menengah.Kita perlu memahami setiap inci rumus , jalan kerja dan latihan yang kerap dalam pada memahamkan cikgu yang menyemak kertas kita itu.Tapi didalam kehidupan harian , saya tertanya bila kita harus mengguna pakai konsep yang ternyata komplikated ini.......?Apa rasional perlu belajar sehingga ke tahap itu.Kenapa perlu begitu.....????
Labels: mr josh